Tuesday, 1 September 2015

All About Me


Muhammad Asyraaf Firdaus bin Mohd Fikri ialah nama yang diberikan kepada diri ini. Berumur 16 tahun dan bakal menduduki kedudukan Sijil Penilaian Menengah ( SPM ). Tinggal di Kampung Kijing , Marang , Terengganu Darul Iman dan mempunyai 3 adik beradik yang mana saya ialah anak selung dan menjadi contoh kepada adik-adik saya.

Image result for MYSELF
Diriku Sendiri
Ibu bapa saya merupakan pegawai kerajaan. Bapa saya ditugaskan sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ( JKNT ). Ibu saya pula ditugaskan sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Kerja Raya ( JKR ) Negeri Terengganu. Kedua-dua adik saya masih bersekolah. Yang pertama bersekolah di Sekolah Menengah Chong Hwa Wei Seng sebagai pelajar tingkatan 2 dan seorang lagi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II sebagai pelajar darjah 4.

Image result for happy family clipart
Keluarga yang Bahagia


Kini , Saya bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA atau lebih dikenali sebagai MRSM Besut dan kini menetap sebagai pelajar tingkatan 4 dan tinggal di asrama bersama rakan-rakan. Tanpa ibu bapa di asrama , rakan adalah segala-galanya bagi saya. Warden-warden membantu kami untuk berlajar hidup secara berdikari tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain.

Image result for mrsm
Logo MRSM


Bila waktu akedemik tiba , tumpuan berlajar diberi secara sepenuhnya terutama subjek-subjek yang lemah seperti Matematik Tambahan , Kimia dan Fizik. Subjek kegemaran pula dapat dipelajari dengan penuh minat  seperti subjek Prinsip Akaun dan Matematik Modern.


Image result for school textbooks
Subjek yang dipelajari di sekolah.

Apabila tiba musim cuti , setiap pelajar asrama pasti meluangkan masa sepenuhnya dengan keluarga mereka.Saya pun mempunyai prinsip yang sama dengan para penghuni asrama yang lain. Di rumah , saya sering mengajar adik-adik saya pelbagai yang lebah bagi adik-adik saya terutama subjek Bahasa Inggeris dan Sains.

Image result for school textbooks
Kerja Rumah yang Diberikan  Oleh Guru

Namun semuanya bukan yang seindah yang disanka apabila guru menyediakan 'cenderahati' bagi para pelajar dan perlu disiapkan sebelum mulanya waktu persekolahan. Ini merupakan 'nightmare' kepada semua pelajar terutama diri saya. Namun semua itu dapat dilepasi dengan mudah dan jayanya.

Itulah serba sedikit tentang diri saya. Harap semua germbira dan seronok membaca segalanya.
SEKIAN , TERIMA KASIH...

 Image result for thank you

No comments:

Post a Comment